
![]() |
Kecantikan isteri , Kehebatan suami .
Friday, 16 November 2012 | 23:35 | 0 candie blossom
Bukan mencari isteri cntik ,Tetapi mencari kecntikn isteri , Bukan mncari suami yg hebat , Tpi mncari kehebatan suami . Kerana kecntikn dn kehebatan akn di teln zaman , Tetapi skiranya mncari kcantikn dn kehebatan isteri/ suami ... InsyaAllah kita akn terus menyayanginya hingga akhir hayat . Koleksi Ayat Maut Seorang Perempuan
Wednesday, 14 November 2012 | 16:20 | 0 candie blossom
(1) Ok. Fine!Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.(2) Bagi saya 5 minitHah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik.(3) Tak ada apa-apaAyat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman.(4) Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnyer tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat.(5) Keluhan kuatIni sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya.(6) Tak apa lahJika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda(7) Terima kasihWanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja “sama-sama”. Tetapi jika wanita berkata “terima kasih banyak-banyak ye!”, itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab “sama-sama”… hehehehe(8) Apa-apa aja lah! (atau dalam bahasa inggeris, whatever!)Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan F**K You!. Jadi awas ..jangan dapat ayat ini wahai lelaki.(9) Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buatWanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri.Apa Itu Kasih, Sayang, Dan Cinta
| 16:18 | 0 candie blossom
Tiga perkataan yang nampak seakan sama untuk diterjemahkan, namun jika diteliti membawa kepada pengertian yang sangat berbeza. Pengertian tiga perkataan ini memberikan makna yang sangat mendalam untuk difahami. Emosi dan tindakan juga sebenarnya menggambarkan bahawa kasih, sayang dan cinta mempunyai perbezaan walaupun sedikit. Kasih.. Kita sering mengucapkan kalimah basmalah yang membawa maksud “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”. Allah SWT sebenarnya sangat mengasihi kita sebagai hambaNya. Dan jika kita halusi mengapa Allah SWT mengasihi manusia sudah tentu hanya kerana Allah SWT mempunyai belas kasihan terhadap hambaNya. Rasa kasih sebenarnya terselit rasa belas kasihan terhadap seseorang. Begitu juga Allah SWT mengasihi kita selayaknya kerana kita lemah dan perlu dikasihani. Dalam hubungan sesama manusia, kasih kadang-kadang menjadi titik bermulanya rasa sayang dan seterusnya rasa cinta. Dari kasihan akan terbit rasa sayang yang begitu kuat. Sebab itu dalam Bahasa Melayu perkataan kasih selalunya digabungkan sekali dengan perkataan sayang. Jadi tidak hairanlah mengapa Rasulullah sendiri berkahwin dengan isteri-isterinya yang banyak kekurangan. Rasa belas kasihan kerana tidak mampu melihat kesusahan wanita-wanita yang kehilangan suami kerana syahid telah mengangkat baginda untuk menyayangi dan mencintai mereka sebagai isteri. Sayang.. Perkataan yang sukar untuk dibezakan dan diterjemahkan terutama dalam hubungan perasaan sesama manusia. Menyayangi seseorang belum tentu mencapai tahap mencintai kerana menyayangi lebih luas skopnya berbanding mengasihi. Anda mungkin menyayangi sahabat anda, keluarga anda, guru anda atau sesiapa sahaja. Tetapi berbeza jika anda mengatakan bahawa anda menyayangi isteri anda. Kerana rasa sayang kepada isteri sebagai teman hidup memberikan maksud anda mencintai pasangan anda sedalam-dalamnya. Namun fahamilah, sebenarnya rasa sayang sudah memadai untuk anda melihat pengorbanan yang bakal dilakukan oleh orang yang menyayangi anda. Pengorbanan yang mungkin dilakukan luar dari kebiasaan emosi manusia. Rasa sayang akan memberikan kesan yang berpanjangan sama ada anda sebagai orang yang menyayangi dan disayangi kerana rasa akan dapat dihalusi wujudnya keikhlasan dalam setiap tindakan yang dilakukannya. Keikhlasan inilah yang akan memberikan rasa sayang berpanjangan dan terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang tersayang. Cinta.. Percintaan sudah tentu dikaitkan dengan rasa kasih sayang. Menggambarkan bahawa bila menyebut cinta sudah tentu akan ada rasa kasih dan sayang kepada seseorang. Bila mencintai seseorang, tersiratnya anda mempunyai rasa sayang yang ikhlas dan menerima diri pasangan anda seadanya. Anda hanya memikirkan dirinya, perkongsian hidup bersama dan juga kebahagiaan masa depan bersama. Cinta terlalu kompleks untuk dihuraikan. Kerana cinta membawa pelbagai istilah yang memberikan maksud yang berbeza. Dalam satu pepatah arab, mendefinisikan cinta itu pekak dan buta. Rasa cinta yang terlalu mendalam akan memekakkan telinga untuk kita menerima segala nasihat daripada orang lain. Segala keputusan kebanyakannya diputuskan sendiri. Cinta juga akan membutakan mata untuk melihat kelemahan-kelemahan pada diri orang yang dicintai sekalipun nampak jelas di mata orang lain. Cinta mampu memberikan rasa gembira kepada pasangan, tetapi cinta juga memberikan luka yang sukar untuk diubati. Cinta membahagiakan bila berjaya hidup bersama pasangan dan sangat memedihkan bila gagal. Itulah kelebihan dan kelemahan cinta. Kerana pengertian cinta selalunya disandarkan hanya pada manusia. Manusia tidak sempurna. Jika pengertian cinta ini disandarkan pada Allah Yang Esa, sudah pasti tidak akan wujud istilah putus cinta. Ikhlas, Mudah Untuk Diucapkan Tetapi Sukar Untuk Dilalui
| 16:15 | 0 candie blossom
Ikhlas memang sangat mudah untuk diucapkan tapi sangat sukar untuk
dilalui. Kerana itu, ia memerlukan satu proses yang panjang sehingga
dapat membimbing kita pada sebuah keikhlasan.Ketika cinta terhalang dengan restu orang tua, ketidakmampuan dan ketika harus menerima kenyataan orang yang di sayangi berkahwin dengan orang lain. Ketika rancangan hanya tinggal sebuah rancangan yang tidak akan wujud, maka adalah tidak mudah untuk menerima kenyataan itu, bahkan mungkin sangat sukar untuk kita menerimanya. Hari demi hari dilalui dengan air mata dan kesedihan. Di kesunyian dan keheningan malam, kita menangis di hadapanNYA bukan untuk menyesali apa yang terjadi, tetapi menyesal kenapa kita belum dapat menjadi hambaNYA yang ikhlas menerima kenyataan ini. Tetapi itulah hidup. Adakalanya kita harus mengalami sesuatu yang pahit. Apa-apa pun yang terjadi itulah yang terbaik buat kita meskipun kita sedih, kecewa dan merasa tidak adil. Kita hanya berusaha untuk redha dengan semua ketentuan yang telah digariskan oleh ALLAH. Menerima apa-apa pun yang terjadi bukan bererti tidak berusaha untuk meraih sesuatu yang lebih baik. Tetapi berusaha untuk ikhlas dan menyerahkan semua ini kepadaNYA. Ini akan menenangkan hati yang gelisah. Kerana disebalik kejadian ini pasti ada hikmahnya dan Insyaallah ia akan membimbing kita untuk menjadi seseorang yang kuat, sabar dan ikhlas dalam menjalani hidup. Ketika kita ikhlas dan bersyukur dengan semua yang diberikan, Allah akan memberikan ketenangan yang luar biasa pada hati kita. Sesungguhnya sesudah kesulitan pasti ada kemudahan dan DIA akan memberikan jalan yang terbaik. Yakinlah bahawa rencana Allah itu lebih baik. Buat sahabat yang sedang bersedih, kuatkanlah semangat, kerana Allah sayang kepada hambaNYA yang kuat dalam menjalani ujian dariNYA. Kerana sebenarnya begitu banyak anugerah dan nikmat yang diberikan olehNYA yang harus kita syukuri. Selalulah berprasangka baik kepadaNYA dan bersyukur Allah masih memberikan ujian kepada kita. Itu bererti kita termasuk dari kalangan orang-orang yang masih diperhatikan olehNYA. Allah selalu memberikan sesuatu yang kita perlukan, bukan sesuatu yang kita inginkan. Oleh itu, DIA lebih tahu mana yang terbaik buat hambaNYA. Ikhlas, sabar dan bersyukur adalah 3 kunci kehidupan. Tidak mudah tetapi sangat sukar. Tetapi tiada yang tidak mungkin jika kita mahu berusaha dan mencuba untuk menjalaninya dalam kehidupan kita. Cinta 2
| 16:14 | 0 candie blossom
Cinta mampu melunakkan besi,menghancurkan batu,membangkitkan yang
mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi
pemimpin.Inilah dasyatnya cinta!.Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga,manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya. Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta.namun apabila sampai saatnya itu,raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya. Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya. Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak.Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka.Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu. Bercinta memang mudah.Untuk dicintai juga memang mudah.Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang,ialah jangan menuntut agar kita dicintai,tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang,ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya,dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati,sehinggalah kamu kehilangannya.Pada saat itu,tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi. Cinta tidak pernah meminta,ia sentiasa memberi,cinta membawa penderitaan,tetapi tidak pernah berdendam,tidak pernah membalas dendam.Di mana ada cinta di situ ada kehidupan,manakala kebencian membawa kepada kemusnahan. Jangan mencintai seseorang seperti bunga,kerana bunga mati dikala musim berganti.Cintailah mereka seperti sungai,kerana sungai mengalir selamanya. Cinta
| 16:12 | 0 candie blossom
1.Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis,debu beralih emas,keruh
menjadi bening,sakit menjadi sembuh,penjara menjadi telaga,derita
menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.2.Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu,tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya. 3.Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu.Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. 4.Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan.Jika tidak,kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya. 5.Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain dan kamu masih mampu tersenyum,sambil berkata:aku turut bahagia untukmu. 6.Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup.Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya. 7.Jika kita mencintai seseorang,kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. 8.Perasaan cinta itu dimulai dari mata,sedangkan rasa suka dimulai dari telinga.Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang,cukup dengan menutup telinga.Tapi apabila kamu Coba menutup matamu dari orang yang kamu cintai,cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama. 9.Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia,lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya.Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. 10.Cinta bukan mengajar kita lemah,tetapi membangkitkan kekuatan.Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri,tetapi menghembuskan kegagahan.Cinta bukan melemahkan semangat,tetapi membangkitkan semangat. Titipan Cinta
| 04:15 | 0 candie blossom
Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada putus cinta.Orang yang putus cinta sering kali berakhir dengan air mata. Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya. Soal cinta adalah soal hati. Ia juga soal jodoh. Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita. Soal hati tiada undang-undang. Apatah lagi paksaan. Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang, kalau ia tidak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan. Cinta tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta. Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain Melupakan seseorang yang disayangi amat sukar. Cinta akan hidup bersama dengan waktu, apabila waktu itu mati, maka matilah cinta itu. Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita. Diari Hati
| 04:12 | 0 candie blossom
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya. Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama. Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata itu menyapa air mata yg satu lagi, ” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.” Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu. Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati kamu kerana akibatnya, hanya kamu yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri kamu, tetapi dia masih sangup menyayangi dan mencintai kamu dengan sepenuh hatinya. Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yg tersembunyi. Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu? Cinta Berjauhan
| 04:08 | 0 candie blossom
Hehehe ... Rindunya ble x brjmpe ..
Menghitung hri ble kn brsama ..
Tk risau kerana aku prcye ..
Pasanganku yg setia ..
Semoga cinta kita hnyalh untuknya ..
Kerana dia yg kekal selamanya ..
Ameen ...
Ikhlas Saya Kata
| 04:05 | 0 candie blossom
Ikhlas sye kate ,
Ap yg lahir dri tutur kata ini ,
Dtgnye dri hati sye yg jujur ,
Yg sye btol mncintai .
Kerana hdirnya awk dlm hidup sye,
Mnjdi cahaya yg menerangi ,
Hri-hri sye ,
Iye ... sye cinta kamoo .
Doa Saya Buat Awak
Tuesday, 13 November 2012 | 21:11 | 0 candie blossom
Tuhan ... kutitipkn doa tulus dri lubuk htiku ini buat dia yg kusyg ..
Tuhan ..limphkn selalu dlm hatinya untk merindui dn mncintaimu sebagaimana aku yg dirinduinya..
Tuntunlah die kejln yg benr dn diredhaiMu sbgaimana aku yg selalu dilindunginya ..
Siramilah dia selalu dgn cahaya kasihMu sbgaimana dia slalu melimphkn sygnya buatku ..
Tuhan .. jgn kau biarkn setitis pun air mte jatuh kepipinya yg manis itu kerana sebhagian semangtku ad dlm dirinya ..
Ayat ku Padamu
| 20:48 | 0 candie blossom
Maafkn aq kerana masih mncintaimu
Maafkn aq kerana merinduimu
Maafkn aq kerana hati terlalu sayu mnyebut namamu
Maafkn ku kerana blum rela melepskn mu dri hidup ini .
Meskipun kita x lg brsama tpi cinta ini mseh abadi utk mu
Maafkn aq kerana utk yg terakhir kalinya melaungkn kalimah
cinta padamu syg , aku x kn brhnti menyayangimu .
Cinta Al- Jannah Milik Kita
| 20:42 | 0 candie blossom
Sayang terima kasih atas segalanya ..
Sayang selama ini ku mencari kebahagiaan telah pun kau berikan dengan melimpah ruah..
Sayang ku amat menyintaimu dirimu bagiku tidak mungkin ku akan menemui lelaki sebaikmu
dan yang mampu menyayangiku sepertimu .
Ku amat bertuah kerana Allah telah mengurniakan dirimu kepadaku .
Sayang ku tidak sanggup berjauhan denganmu kerana bila seminit berjauhanku rasa terlalu
merinduimu ..
Ku berdoa agar cinta kita kekal hingga ke penghabisan nafasku .
*credit too : Muhd Dannieal Raymi*
Maafkan Aku
| 20:16 | 0 candie blossom
Aku ingin menjadi yang terbaik dalam hidupmu ,
aku ingin menjadi mimpi terindah mu ,
tapi itu tidak kesampaian ,
ini semua kerana khilafku .
Aku selalu berlaku salah dengan mu ,
aku tidak pernah menghargai segala kasi sayang yang telah kau berikan ,
dan kini aku menyesal hingga aku tidak dapat memaafkan diriku sendiri,
rasa bersalahku tidak pernah berkurang hingga kini,
walaupun kau sudah memaafkan segala khilafan ku kepadamu
kau menerima aku seadanya .
Aku rasa malu dengan diriku ,
kini, aku berjanji dengan diriku ,
yang aku kan jadi wanita yang tebaik dalam hidupmu ,
ku kan selalu menjagamu .
Sibukkan Diri
| 20:09 | 0 candie blossom
Saya cuba untuk sibukkn diri dengan harapan tak lagi memikirkanmu ,
Namun semua itu sia-sia .. tapi kamu selalu hadir dalam hatiku.
Wajah Kekasih
| 20:07 | 0 candie blossom
Kali prtama aku mengenali mu
Seakan kite pernh brtemu
Masihkah ingt lg masa lalu
Semasa kau dn aku mseh kecil dahulu.
Adakah ini stu takdir yg telh d tentukn
Tuhan telh menentukn kita kembali
Untuk kite berstu hidup brsme
Aku akn brjnji padamu.
Lihatlah mataku , pandanglah wajahku
Senyumlah kau utk ku seorg
Agar dpt melihtmu
Dengan tulus hati ini
Kini aku telh jatuh cinta hanya padamu.
Aku Ingin Kau Tahu
| 00:42 | 0 candie blossom
Aku ingin kau tahu ..
hatiku sakit bila kau mendustaiku ..
hatiku trluka dengan perbuatanmu ..
hatiku gelisah pabila kau hancurkn hatiku ..
Aku ingin kau tahu ..
saat kau melangkah pergi ..
hatiku menangis ..
hatiku kecewa ..
namun ..
aku ingin kau tahu ..
aku tetap mencintaimu ..
Dahulu , sekarang , dan selamanya ..
Ku Benci Ku rindu
| 00:34 | 0 candie blossom
Aku benci rindu bila hati ini rasaIngin kau dkat tp kau jauh , Bila ingin lihat snyum mu tpi tk ku lihat, Bila ingin dngr tawamu tp tk ku dengar , Pergilah kau rindu sehingga aku bertemu dia. Kerana aku benci RINDU . Hati Tanpa Kau Sedari
| 00:29 | 0 candie blossom
Kau berubah tnpa ku sadar ,
Bila kau dtg , bila kau hadir ia pasti indah ,
Tp bila kau prgi kau biar ramai trhiris ,
Dn akhirnya kau sndiri yg trluka.
Senyum Dan Tangis
| 00:24 | 0 candie blossom
Bila seseorg wanita itu tdk menangis lg utk anda
Bermkne , tlah ade lelaki laen yg berjaya membuat senyum untuknya .
Ayat- Ayat Cinta
| 00:19 | 0 candie blossom
Banyak skali kenangan yg tlh kite tuliskn d hati kita
Banyak skali hrpn dn keinginan yg pernh kite ungkapkn brsama
Lantunan kata cinta yg prnah trucap tk mudh trhapus bgitu saje
Ingtkh kite prnh brjnji utk brjuang brsama?
Masih ingtkh stiap pertengkaran manis kite
Ad cmburu , amarah , kecurigaan dn perasaan sling rindu
Aku msih mnnti cintamu d sini , sama sprti kamu mnnti jawabanku dulu
Yg ad kini hnye cerita hangat antra kw dn aq .
Aku tau mseh ad cinta d hatimu
Ku mseh meliht tatapn hangat dn penuh makna itu
Hati yg tergenggam dn berbalutkn cinta kasihmu
Aku rindu masa itu. Sekrg , puing kenangan itu mseh setia ku jge .
Hingga nnt , smpai kw temukn aku mseh ad d dalam hatimu .
Madah Cinta
Monday, 12 November 2012 | 23:56 | 0 candie blossom
Walaupun kau adalah diciptakan untukku dan aku adalah nyawamu,namun aku pasrah sekiranya ajal memisahkan diri kita.Tiada ubat yang mujarab di dunia ini untuk mengubati cinta melainkan mencintai mu sepenuh jiwa ragaku. Kita dilahrikan untuk saling cinta mencintai dan itu adalah teras dalam kehidupan yang abadi antara kau dan aku. Usahlah bersedih apabila hilangnya sinar mentari tika hujan membasahi bumi,kerana pasti timbul sinar pelangi yang menggamit kembali keindahan alam ini. Hadiah yang terbaik yang pernah aku milikimu adalah tika kamu sudi berjabat tanganku dan mengungkapkan ayat I Love U. Aku tidak mengimpikan seorang bidadari sebagai suri hidupku yang punyai kecantikan dan kemewahan,tetapilah cukuplah seorang insan yang pasti menemaniku dikala aku dihimpit sebarang masalah. Andai kau mendengat ayat jiwang yang sering ku lafazkan,ketahuilah bahawa ia terbit dari hati nuraniku sendiri. Jatuh itu memang amat memeritkan tetapi jatuh cinta padamu ingin ku ulang berkali-kali. Tentang Cinta
| 23:51 | 0 candie blossom
Aku sedar bila tanpa dirimu
Kurasakan dunia ini terhenti Lambat, kaku dan tidak bernyawa
Bagaikan otak kuterhenti berfikir
Apa yang perlu aku lakukan Tanpa kau disisi
Rinduku bagai membungkam ragaku
membuat aku terhenti untuk menghela sekalipun
Jiwaku sesak…dan kosong…
Mendengar suaramu bagaikan terhenti nafasku
Untuk kudengar dan masuk terus kejiwaku Agar tidak diganggu Agar aku tidak terlepas dari mendengar setiap butir bicaramu
Andai Tuhan mnedengar rintihanku
Bertemumu ingin sekali aku hentikan seluruh maya ini Agar hanya kau dan aku menikmatinya bersama Agar masa ini begitu panjang untuk kita berdua sahaja
Adakah kau rasa …terhenti segala-galanya
Bila sudah jatuh cinta Ayt Cinta Utuk Kamoo
| 16:16 | 0 candie blossom
Biarlah yang dulu jadi masa laluku, dan kau menjadi masa kini serta masa depanku.Kalau cinta ibarat penyakit,aku taknak makan ubat.Biar aku merana diserang penyakit ini krn aku ingin kau tahu betapa aku mencintai kau!
Org kata kita hanya jatuh cinta sekali saja. Tapi setiap kali aku mendengar suaramu, aku jatuh cinta sekali lagi!
Aku terasa sesuatu dihatiku.. ianya seperti bara yg kecil. Setiap
kali aku melihatmu, bara ini menyala dan ia sungguh istimewa kerana AKU
CINTAKAN KAU!
Andai hatimu penjara, biar aku dipenjara seumur hidupku di dalam hatimu..
Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku, dan aku memberikannya padamu. Tolong jangan diberikan lagi pada orang lain.
Aku mahu kau tahu aku menyintaimu setulus hati..bukan hipokrit..
bukan cinta palsu..bukan ada kepentingan.. Ini adalah cinta tanpa
syarat.. Aku begitu menyintaimu…
Cinta akan hilang jika diambil org. Cinta akan mati jika digenggam
rapi. Bagaimana harusku memegangmu? Apa perluku meneruskan atau
melepaskan?
Betapa indah pun perkataan, tak boleh sama utk menyatakan cintaku padamu..
Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku, dan aku memberikannya padamu. Tolong jangan diberikan lagi pada orang lain.
Cintaku bukan ibarat kertas… Cintaku adalah bara yg sentiasa menyala
dan semakin marak ditiup kerinduan padamu…
Jika mencintaimu satu kesalahan.. biar aku bersalah. Cintaku padamu sangat kuat dan akan kuperjuangkan hidup ini demimu..
Cinta kita banyak ranjau. Tapi percayalah ia tidak sedikit pun
mengurangkan cintaku padamu… Kau adalah insan teristimewa dalam hidupku
Aku tak dapat hidup tanpamu… kerana kaulah nyawaku..
Jika cinta itu dicukai.. aku lah pembayar cukai paling tinggi!
Mencintaimu adalah perkara terindah yg pernah berlaku dalam hidupku.
Mana mungkin aku melupakanmu seumur hidupku. Kaulah kekasihku yg pertama dan terakhir.
I Need You
| 16:14 | 0 candie blossom
Kalau 1 hari awak nak menangis, bagitau saya.
Saya tak janji nak buat awak tersenyum tapi saya boleh menangis bersama awak kalau 1 hari awak ada mslh, bgtau saya. Saya tak janji nak bagi awak penyelesaiannya tapi awak boleh berkongsi dengan saya kalau 1 hari awak mahu berjalan pergi, bagitau saya. Saya tak janji untuk halang awak pergi tapi saya boleh berjalan bersama awak Kalau 1 hari awak perlukan seseorang untuk mendengar cerita awak, bagitau saya. Saya janji akan ada untuk awak. Tapi~ kalau 1 hari awak perlukan saya & saya tiada~ mungkin kerana saya yang lebih memerlukan awak.. CiCinta
| 16:04 | 0 candie blossom
Aku tk pernah menyesal mencintaimu , yg ku sesali mengapa tdk sejak dulu aq mencintaimu.Cinta yg suci dpt dilihat dri pengorbanan seseorg , buknlah dr pemberian atau hadiah semata. Dalam hatiku terdapat rasa cinta yg hebat terhadpmu .Adakh kau juga rse bgitu ? Janganlh kau mempermainkan cintaku . Ketahuilah bahawa cintaku terhdpmu tulus dn suci. Ketika bersendirian hanya wajahmu yg kufikirkn. Cinta adalh cara aku brcerita tentang dirimu , caraku menatap kepergianmu dn caraku tersnyum saat menatap wajahmu . Cinta letaknya d hati, meskipun tersembunyi , namun getarannya jelas skali. Ia mampu mempengaruhi fikiran skaligus mengendalikn tindakan kite sehingga kite melakukan hal terbodoh tanpa kita sedari. Cinta itu bukanlah menyayangi yg smpurna tpi cinta itu menyayangi yang tk sempurna menjadiknnya lebih sempurna . |