
![]() |
Madah Cinta
Monday, 12 November 2012 | 23:56 | 0 candie blossom
Walaupun kau adalah diciptakan untukku dan aku adalah nyawamu,namun aku pasrah sekiranya ajal memisahkan diri kita.Tiada ubat yang mujarab di dunia ini untuk mengubati cinta melainkan mencintai mu sepenuh jiwa ragaku. Kita dilahrikan untuk saling cinta mencintai dan itu adalah teras dalam kehidupan yang abadi antara kau dan aku. Usahlah bersedih apabila hilangnya sinar mentari tika hujan membasahi bumi,kerana pasti timbul sinar pelangi yang menggamit kembali keindahan alam ini. Hadiah yang terbaik yang pernah aku milikimu adalah tika kamu sudi berjabat tanganku dan mengungkapkan ayat I Love U. Aku tidak mengimpikan seorang bidadari sebagai suri hidupku yang punyai kecantikan dan kemewahan,tetapilah cukuplah seorang insan yang pasti menemaniku dikala aku dihimpit sebarang masalah. Andai kau mendengat ayat jiwang yang sering ku lafazkan,ketahuilah bahawa ia terbit dari hati nuraniku sendiri. Jatuh itu memang amat memeritkan tetapi jatuh cinta padamu ingin ku ulang berkali-kali. |